Shutter
Shutter; alat mekanikal yang buka dan tutup didalam lensa. Ia berkait dengan kelajuan shutter (shutter speed). Kelajuan shutter adalah tempoh masa shutter tu terbuka untuk membenarkan cahaya masuk ke dalam lensa dan seterusnya menghasilkan gambar. Kelajuan shutter diukur dalam unit saat. Contoh 1 saat, 1/2 saat, 1/60 saat, 1/500 saat dan seterusnya. Jadi semakin besar nilai pembahagi, semakin cepat la kelajuan shutter.
Selalunya kalau dalam kamera dia tulis 60 untuk mewakili 1/60 atau 500 untuk mewakili 1/500. Kalau tertulis 3″ atau 10″, maksudnya lebih lama dari 60 atau 500. Kalau tertulis bulb, maksudnya kamera berada dalam mod yang membolehkan shutter dibuka dengan sangat lama.
Jadi makin besar nilai kelajuan shutter, makin cepat la shutter ditutup dan gambar akan jadi lebih gelap.
Mod shutter dekat kamera diwakili oleh simbol ‘S’. Mod ‘S’ dikenali juga sebagai shutter priority. Dalam mod ini, jurukamera bebas memilih nilai kelajuan shutter dan kamera akan menentukan nilai aperture secara automatik. Ini untuk memastikan gambar yg dihasilkan tidak terlalu gelap atau cerah.
Mod shutter juga sangat popular sebab dengan menggunakan mod ini, jurukamera boleh hasilkan pelbagai efek pada gambar. Contonhnya; efek panning bagi menunjukkan kesan pergerakan/kelajuan. efek air terjun yang lebih dramatik juga boleh dihasilkan menggunakan mod shutter. efek light trail juga dapat dihasilkan menggunakan mod shutter. Banyak lagi sebenarnya efek yang boleh dibuat guna mod shutter ni.
nota: content ini ditulis berdasarkan pemahaman dan pembacaan sendiri, jika ada salah silap, sila la tegur.