Wedding: Details

wedding — admin on May 2, 2008 at 12:48 am

32

Wedding details adalah the things yang kadang-kadang tetamu or photographer tak sedar tentang kewujudannya. Bukan apa, sebab the surrounding yang hidup menutup mata-mata untuk menyedari semua itu. Tapi bagi sesebuah majlis seperti majlis perkahwinan, wedding details sudah pasti akan memberi impak yang besar pada suasana dan kemeriahan sesuatu majlis tu. Wedding details sedikit sebanyak memberi kelebihan kepada photographer mengcapture magis yang dimahukan pasangan pengantin.

Wedding florals, bouquets, centerpieces, table decorations, ceremony decorations, invitations, programs, favors, cakes, placecards, veils, dresses, shoes, tuxes adalah antara yang benda-benda yang boleh di kategorikan sebagai wedding details. Tapi kalau di Malaysia khususnya perkahwinan masyarakat melayu, bunga pahar, pelamin, meja santapan, banner/sign pengantin, kek, hantaran adalah antara yang boleh di kategorikan sebagai wedding details.

9

Tak kira sama ada majlis itu di adakan di hotel, di resort atau di kampung-kampung, setiap darinya mempunyai wedding details yang tersendiri. Majlis di hotel mempunyai details seperti dari segi pencahayaan dan juga hiasan pada meja tetamu. Manakala majlis di kampung pula meriah dengan details persiapan dan gotong royong.

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 License. | azamhashim.com