Pattern Tutorial
try pattern or kerawang baru this week. bila dh siap buat pattern ni, macam boleh hantar print utk buat cadar plak (with some adjustment la kan). kehkehkeh. apa2 pun, enjoy this week punya pattern yaaa!
try pattern or kerawang baru this week. bila dh siap buat pattern ni, macam boleh hantar print utk buat cadar plak (with some adjustment la kan). kehkehkeh. apa2 pun, enjoy this week punya pattern yaaa!
21 Januari 2009 merupakan tarikh penting buat pendengar dan pengikut muzik aliran post-rock di Malaysia kerana ia merupakan tarikh dimana Mogwai datang membuat persembahan buat pertama kalinya di Malaysia. Bertempat di Hall 5, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pengikut2 dan pendengar2 muzik aliran ini berkumpul untuk menikmati rasa teruja dengan alunan muzik Mogwai.
Dibawakan oleh sebuah indie record label, Soundscape Record, ini merupakan kali pertama Mogwai ke Malaysia dan merupakan kali kedua mereka di rantau ini selepas membuat persembahan pertama di Esplanade, Singapura pada tahun 2006. Kedatangan Mogwai ke rantau ini adalah untuk mempromosi album terbaru mereka yang juga album ke-6, The Hawk is Howling.
Bermula jam 8 malam hingga lewat 10 malam, Mogwai memberi satu persembahan yang pastinya membuatkan semua yang hadir untuk berada terawang2 di udara dengan rasa euphoria. Kesemua lagu yang dipersembahkan pada malam itu di hayati dengan mode of silent daripada peminat yang hadir pada malam tersebut. Ia bagaikan satu bentuk komunikasi dari peminat2 yang hadir dengan band yang berasal dari Scotland itu. Tepukan gemuruh bergema di Hall 5 setiap kali Mogwai selesai perform setiap lagu mereka. Dan setelah lebih 2 jam membuat persembahan, Mogwai mengakhiri persembahan mereka dengan satu persembahan yang memukau dan membuatkan semua yang hadir tersenyum kepuasan. Sekaligus membuatkan semua yang hadir pulang dan menikmati tidur malam yg nyenyak dengan mimpi yang indah.
Do bring Sigur Ros for next year pulak!
Entry kali ni entry untuk sesi outdoor. mmg best sekali sekala kalau jumpa sawah padi ni. hehe. ni few shoot yang diambil masa sesi outdoor tu. thanks banyak2 kepada pasangan pengantin yang sangat2 sporting. =)
Majlis akad nikah yang berlansung di Masjid Jamek Kampung Kubang Jawi, Alor Star, Kedah. Bersaksikan awan biru dan tetamu-tetamu yang hadir pada tengahari itu, maka sahlah buat Yaser dan Sue sebagai suami dan isteri.
Diakhiri dengan senyuman daripada kedua-dua belah pihak, azamhashim.com mengucapkan tahniah buat mereka berdua dan keluarga masing-masing. Kita nantikan beberapa gambar outdoor berlatarbelakangkan suasana indah Kampung Kubang Jawi di entry akan datang.
Selamat Pengantin Baru!
Bertarikh 26 Januari tahun 2009 (first day of Chinese New Year), bertempat di perkarangan Planetarium Negara di Kuala Lumpur, telah dianjurkan satu aktiviti Program Gerhana Matahari Separa. Aktiviti ini bermula sekitar jam 4.30 dan berakhir lewat petang.
Di bawah panas terik matahari, orang ramai datang bersama keluarga dan rakan-rakan. Pihak planetarium membekalkan ‘solar google’ dan satu skrin besar untuk orang ramai yang hadir menyaksikan fenomena alam yang jarang2 berlaku ini.
Partial solar eclipse ini mencapai ke kemuncak sekitar jam 5.50 petang dimana bentuk bulan sabit terbentuk. Ini berlaku apabila bulan berada di hadapan matahari. Begitulah ceritanya. Kalau ada fenomena ni lagi nanti, ajaklah bapa adik2 ke planetarium negara yang terletak di jalan perdana tu yer. hehe =)