Metering modes

Uncategorized — admin on April 14, 2010 at 3:25 am

Metering modes, satu fungsi di dalam teknologi kamera yang akan menetapkan seberapa banyak cahaya yang boleh masuk dalam proses  menghasilkan sesebuah gambar. Titik fokus atau dalam bahasa omputihnya ‘focus point’ tu lah yang akan menetapkan metering tu. And sefahaman saya, dengan metering juga, ia akan menentukan output warna gambar.

Contoh kalau kita halakan titik focus tu dekat lampu, metering dalam kamera ni akan calculate supaya lampu tu akan nampak bila gambar di ambik. So takde la, lampu tu nampak terlampau terang… dan warna lampu akan juga di ambil kira… kalau lampu tu biru, maka output gambar akan nampak kebiruan

Setahu saya, metering modes ni ada 3 jenis. Kalau ikut kamera nikon yang saya guna skarang, metering modes yang ada adalah matrix, center weight dan spot. Tapi ada juga terbaca jenis-jenis metering modes yang lain macam average metering dan partial metering. Terms average & partial tu rupa2nya digunakan untuk kamera canon. Kalau ada siapa-siapa yang guna canon tu, boleh rujuk manual  =)

jenismeter

Jenis jenis metering modes

Matrix: Mod ni diwakili dengan simbol 4 kotak  yang mengelilingi satu titik (tengok rajah Jenis jenis metering modes). Matrix metering ni akan ambil kira keseluruhan frame  gambar punya light source. Maknanya, meter kamera akan calculate setiap sudut dalam gambar yang akan di ambil. So output apabila guna mod ni, lighting akan jadi balance. Rasanya metering ni ramai orang guna sebab default setting pada kamera masa mula-mula beli. hehe. Sample gambar guna mod ni mcm dekat bawah. Titik fokus pada gambar sample adalah dekat matahari

matrix

Center Weight: Nak guna mod ni, switch metering pada simbol yang ada tanda braket ‘(‘ dan titik (tengok rajah Jenis jenis metering modes). Melalui pembacaan, mod ni akan tumpukan metering sekitar 60% ke 80% pada titik fokus. Maknanya, lain-lain kawasan tu dia tak calculate sangat. Mod ni akan meter light source pada kawasan titik fokus tu dan keluarkan output. So, kawasan yang di fokus tu tidak akan overexpose. Metering ni 90% default setting kamera pada kamera penulis. Hehe. Sample gambar guna mod ni mcm dekat bawah. Titik fokus pada gambar sample adalah dekat matahari

center

Spot: Nak guna mod ni, tukar metering anda pada simbol titik (tengok rajah Jenis jenis metering modes). Kalau set mod ni, dia akan betul-betul meter area titik kecil pada titik focus. So kalau lighting pada titik fokus tu gelap, gambar akan jadi cerah dan begitulah sebaliknya. Ni kalau nak meter lampu yang cerah tu boleh la guna. Lampu yang cerah tu akan nampak jelas dan tak overexpose. Kalau nak shoot silhouette, boleh guna mod ni juga. Sample gambar guna mod ni mcm dekat bawah. Titik fokus pada gambar sample adalah dekat matahari

spot

Tu serba sedikit pemahaman penulis tentang metering untuk dikongsi bersama. Kalau ade ape-ape maklumat yang tertinggal dalam cerita kat atas, silalah kongsi =)

nota: content ini ditulis berdasarkan pemahaman dan pembacaan sendiri, jika ada salah silap, sila la tegur.

0 Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 License. | azamhashim.com