Mencari Konklusi Tour Finale (2009)
Tanggal 22 Oktober 2009 merupakan tarikh keramat buat Hujan kerana itulah hari terakhir jelajah Mencari Konklusi mereka bagi mempromosikan album terbaru. Jelajah yg bermula pada 16 Oktober 2009 di Perlis, dan kemudiannya di beberapa tempat di semenanjung Malaysia seperti di Sungai Petani, Pulau Pinang, Taiping, Ipoh, Kuala Terengganu, Kuantan, Melaka dan Kota Bharu.
Pada ‘finale tour’, dianggarkan sekitar seribu tiket telah terjual dan sekaligus membuktikan usaha Hujan mempromosikan album ‘Mencari Konklusi’ telah membuahkan hasil.
Finale ini terbahagi kepada 3 sesi yang berbeza yang berjaya meriuh rendahkan KL Life Center. Sesi pertama kalau tak silap, Hujan memainkan lagu2 awal mereka yang dimuatkan dalam EP dan album pertama mereka. sekaligus dapat mengembalikan kenangan2 raingers2 lama. Sesi kedua pula membariskan lagu2 yang perlahan dan Noh turut bersama2 dengan monoloque menyampaikan lagu ‘rantai rasa cinta’. Sesi ketiga adalah sesi yg rancak dan penyudah yg sangat berkesan sebagai penutup. Lagu2 seperti obsesi dan lonely soldier boy dipersembahkan buat raingers2 yang datang.
It was a great show! This was my second time watching them, the first time was at rantai 06 (di lost generation space, bangsar) kot kalau x silap. It’s an experience to see Hujan grow. Congrats to them. and congrats to the organizer Harosa Enterprise and AllNajwa Productions kerana bersama2 menjayakan konsert ni. Thumbs up!












































