RM1500 Promosi!

Uncategorized — admin on January 1, 2016 at 8:32 am
DSC_7233-1i

RM1500!

Selagi slot masih ADA.

.
✓ Bayaran tempahan serendah RM250
✓ Tiada caj mileage untuk majlis di Selangor
✓ Untuk bakal pengantin hujung tahun (Oct – Disember 2017)
Album eksklusif
✓ Harga menarik 
✓ Travel seluruh Semenanjung Malaysia
.
Whatsapp 012.613.1707
.
Whatsapp sebelum slot tarikh anda PENUH.
.

New born: 4 days old

Uncategorized — admin on April 26, 2010 at 2:37 am

akhad10_01

Had an opportunity shooting a new born. Dah lama teringin nak shoot new born ni. Sebab rasa feel shooting a new born ni pasti menarik. So, peluang tu akhirnya tiba beberapa minggu yang lepas. Hehe

akhad10_02 akhad10_03 akhad10_04

akhad10_05 akhad10_06

akhad10_07 akhad10_08

Got a few lucky shot, memek2 muka masa tengah tidur. Too cute to be true. The entire process of waiting and waiting is fun. Sangat puas bila dapat shoot masa baby tengah tidur.

akhad10_09 akhad10_10

akhad10_11 akhad10_12

akhad10_13 akhad10_14

Hopefully there’s still more chances to shoot new born cause i’m starting to like the feel of shooting a new born. Maybe shooting a twins would be funner. hehe. Till we meet again little  mr handsome boy =)

akhad10_15

Metering modes

Uncategorized — admin on April 14, 2010 at 3:25 am

Metering modes, satu fungsi di dalam teknologi kamera yang akan menetapkan seberapa banyak cahaya yang boleh masuk dalam proses  menghasilkan sesebuah gambar. Titik fokus atau dalam bahasa omputihnya ‘focus point’ tu lah yang akan menetapkan metering tu. And sefahaman saya, dengan metering juga, ia akan menentukan output warna gambar.

Contoh kalau kita halakan titik focus tu dekat lampu, metering dalam kamera ni akan calculate supaya lampu tu akan nampak bila gambar di ambik. So takde la, lampu tu nampak terlampau terang… dan warna lampu akan juga di ambil kira… kalau lampu tu biru, maka output gambar akan nampak kebiruan

Setahu saya, metering modes ni ada 3 jenis. Kalau ikut kamera nikon yang saya guna skarang, metering modes yang ada adalah matrix, center weight dan spot. Tapi ada juga terbaca jenis-jenis metering modes yang lain macam average metering dan partial metering. Terms average & partial tu rupa2nya digunakan untuk kamera canon. Kalau ada siapa-siapa yang guna canon tu, boleh rujuk manual  =)

jenismeter

Jenis jenis metering modes

Matrix: Mod ni diwakili dengan simbol 4 kotak  yang mengelilingi satu titik (tengok rajah Jenis jenis metering modes). Matrix metering ni akan ambil kira keseluruhan frame  gambar punya light source. Maknanya, meter kamera akan calculate setiap sudut dalam gambar yang akan di ambil. So output apabila guna mod ni, lighting akan jadi balance. Rasanya metering ni ramai orang guna sebab default setting pada kamera masa mula-mula beli. hehe. Sample gambar guna mod ni mcm dekat bawah. Titik fokus pada gambar sample adalah dekat matahari

matrix

Center Weight: Nak guna mod ni, switch metering pada simbol yang ada tanda braket ‘(‘ dan titik (tengok rajah Jenis jenis metering modes). Melalui pembacaan, mod ni akan tumpukan metering sekitar 60% ke 80% pada titik fokus. Maknanya, lain-lain kawasan tu dia tak calculate sangat. Mod ni akan meter light source pada kawasan titik fokus tu dan keluarkan output. So, kawasan yang di fokus tu tidak akan overexpose. Metering ni 90% default setting kamera pada kamera penulis. Hehe. Sample gambar guna mod ni mcm dekat bawah. Titik fokus pada gambar sample adalah dekat matahari

center

Spot: Nak guna mod ni, tukar metering anda pada simbol titik (tengok rajah Jenis jenis metering modes). Kalau set mod ni, dia akan betul-betul meter area titik kecil pada titik focus. So kalau lighting pada titik fokus tu gelap, gambar akan jadi cerah dan begitulah sebaliknya. Ni kalau nak meter lampu yang cerah tu boleh la guna. Lampu yang cerah tu akan nampak jelas dan tak overexpose. Kalau nak shoot silhouette, boleh guna mod ni juga. Sample gambar guna mod ni mcm dekat bawah. Titik fokus pada gambar sample adalah dekat matahari

spot

Tu serba sedikit pemahaman penulis tentang metering untuk dikongsi bersama. Kalau ade ape-ape maklumat yang tertinggal dalam cerita kat atas, silalah kongsi =)

nota: content ini ditulis berdasarkan pemahaman dan pembacaan sendiri, jika ada salah silap, sila la tegur.

Azamhashim.com (2010)

Uncategorized — admin on January 7, 2010 at 11:45 am

Manage to spend time changing the new look for azamhashim.com. Still a slideshow approach, suit the photography theme i guess. Did have fun with the new appereance, looks and feel. Cheers for 2010!

azamhashim.com-20082009

2008 – 2009

azamhashim.com-2010

2010

and i would like to thanks everyone yang booked me through out 2009. it was an awesome experiences working with u guys! thanks yaa =)

Fund for Gaza

Uncategorized — admin on January 30, 2009 at 2:40 am

boisavegaza_01

Alhamdulillah, Tabung Kemanusian NSTP untuk Gaza susah pun mencecah RM5juta. Tahniah untuk tangan2 yang sudi menghulur atas nama kemanusian. Ini menjadi satu tanda ukur yang masyarakat Malaysia adalah sebuah masyarakat yang prihatin dan mempunyai hati yang terbaik. Tepukan untuk masyarakat Malaysia.

boisavegaza_02boisavegaza_03

boisavegaza_04boisavegaza_05

boisavegaza_06boisavegaza_07

boisavegaza_08boisavegaza_09

Teruskan doa dan bantuan anda untuk rakyat palestin.

boisavegaza_10

Photos Featured!

Uncategorized — admin on January 27, 2009 at 7:10 am

 

konsertfeatdis08

 

few of my photos had been used in Konsert magazine for their december issue. Kudos to crew Konsert mag.

Shutter

Uncategorized — admin on February 18, 2008 at 5:04 am

Shutter; alat mekanikal yang buka dan tutup didalam lensa. Ia berkait dengan kelajuan shutter (shutter speed). Kelajuan shutter adalah tempoh masa shutter tu terbuka untuk membenarkan cahaya masuk ke dalam lensa dan seterusnya menghasilkan gambar. Kelajuan shutter diukur dalam unit saat. Contoh 1 saat, 1/2 saat, 1/60 saat, 1/500 saat dan seterusnya. Jadi semakin besar nilai pembahagi, semakin cepat la kelajuan shutter.

Selalunya kalau dalam kamera dia tulis 60 untuk mewakili 1/60 atau 500 untuk mewakili 1/500. Kalau tertulis 3″ atau 10″, maksudnya lebih lama dari 60 atau 500. Kalau tertulis bulb, maksudnya kamera berada dalam mod yang membolehkan shutter dibuka dengan sangat lama.

Jadi makin besar nilai kelajuan shutter, makin cepat la shutter ditutup dan gambar akan jadi lebih gelap.

shutter1

Mod shutter dekat kamera diwakili oleh simbol ‘S’. Mod ‘S’ dikenali juga sebagai shutter priority. Dalam mod ini, jurukamera bebas memilih nilai kelajuan shutter dan kamera akan menentukan nilai aperture secara automatik. Ini untuk memastikan gambar yg dihasilkan tidak terlalu gelap atau cerah.

shutter2

Mod shutter juga sangat popular sebab dengan menggunakan mod ini, jurukamera boleh hasilkan pelbagai efek pada gambar. Contonhnya; efek panning bagi menunjukkan kesan pergerakan/kelajuan. efek air terjun yang lebih dramatik juga boleh dihasilkan menggunakan mod shutter. efek light trail juga dapat dihasilkan menggunakan mod shutter. Banyak lagi sebenarnya efek yang boleh dibuat guna mod shutter ni.

shutter3

nota: content ini ditulis berdasarkan pemahaman dan pembacaan sendiri, jika ada salah silap, sila la tegur.

Aperture

Uncategorized — admin on February 15, 2008 at 2:34 am

Aperture; berkait dengan saiz bukaan blade di dalam lensa kamera dan jumlah cahaya yang boleh masuk melalui lensa kamera. Aperture diwakilkan dengan f-stop, sebab tu kalau tengok dekat lensa akan ada f1.4, f2.0, f2.8, dan lebih besar pun ada.

f-stop yang kecil bermaksud saiz bukaan blade tu besar dan banyak cahaya dapat masuk. jadi gambar jadi cerah. semakin besar nilai f-stop, maka makin kecil saiz bukaan blade, semakin kurang la cahaya yang dapat masuk melalui lensa. jadi, gambar jadi gelap.

aperture1

Mod aperture dekat kamera diwakili oleh simbol ‘A’. Mod ‘A’ dikatakan sebagai aperture priority. Maknanya jurukamera bebas memilih nilai f-stop dan nilai kelajuan shutter akan ditentukan oleh kamera secara automatik. Ini berlaku sebab nak pastikan gambar yang dihasilkan nanti tidak terlalu terang atau terlalu gelap. Katakan nilai f-stop tu f2.8, nilai kelajuan shutter mungkin besar, cth 1000 ke.

aperture2

Aperture ni juga ada kaitan dengan bokeh dan sharpness sesuatu gambar. Sebab tu la kalau nak beli lensa, jurukamera akan ambil kira nilai f-stop lensa tu. Lagi kecik nilai f-stop (contoh: f1.4) lagi terbaik. Bokeh ni terjadi bila nilai f-stop tu kecik. Latar belakang jadi kabur/blur dan objek yang difokus saja yang jelas.

bokeh

Sharpness pada gambar terhasil kerana apabila nilai f-stop kecil, nilai kelajuan shutter bertambah laju (nilai besar). Jadi gambar dapat dihasilkan dengan cepat dan tidak berlaku sebarang gegaran (camera shake).

aperture3

nota: content ini ditulis berdasarkan pemahaman dan pembacaan sendiri, jika ada salah silap, sila la tegur.

Hello world!

Uncategorized — admin on February 13, 2008 at 4:59 pm

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 License. | azamhashim.com